Bidaan Paris ke atas Sukan Olimpik Musim Panas 2024
Bidaan Paris ke atas Sukan Olimpik Musim Panas 2024

Bidaan Paris ke atas Sukan Olimpik Musim Panas 2024

Pengenalan ยท ParisBidaan Paris ke atas Sukan Olimpik Musim Panas 2024 merupakan bidaan yang berjaya untuk menganjurkan Sukan Olimpik 2024 dan Sukan Paralimpik 2024.[1] Bandaraya Paris mengumumkan bidaannya secara rasminya pada Hari Olimpik 2015. Berikutan dengan penarikan diri calon-calon yang lain, IOC mengambil keputusan untuk mengumumkan tuan rumah bagi Sukan Olimpik 2024 dan 2028 pada masa yang sama. Setelah Los Angeles setuju untuk menganjurkan edisi 2028, Paris diumumkan sebagai tuan rumah bagi Sukan Olimpik dan Paralimpik 2028 semasa Mesyuarat IOC Sesi ke-131 yang dianjurkan di Lima, Peru pada 13 September 2017.[2]Bandaraya Paris pernah menganjurkan Sukan Olimpik sebanyak dua kali pada tahun 1900 dan 1924. Paris akan menjadi bandar yang kedua untuk menganjur Sukan Olimpik sebanyak tiga kali selepas London. Tahun 2024 juga merupakan ulang tahun keseratus bagi Sukan Olimpik 1924 yang turut dianjurkan di Paris dan Sukan Olimpik Musim Sejuk 1924 yang dianjurkan di Chamonix, Perancis.[3] Selain itu, negara Perancis juga pernah menganjurkan Sukan Olimpik Musim Sejuk sebanyak tiga kali, iaitu pada tahun 1924, 1968 dan 1992.